^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, August 12, 2014

Perihal Diam

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:31 PM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirahim

Saya perasan selama ni kalau Ubaydah makan, tak pernah dia tak cakap tak sedap pada makanan. Dia cuma akan geleng kepala tak mahu dan senyap jika dia tidak suka makanan itu atau makanan itu tak kena dengan seleranya.

Dua hari lepas, ada satu makanan yang saya cuba..dan saya katakan 'tak sedap' dan Ubaydah meniru kata2 itu..terus saya tersentak!! Dah terbagi ajaran yang salah pada dia. terus saya makan sekali lagi makanan itu dan katakan pada Ubaydah ia sedap..dan Ubaydah makan makanan itu dan saya tanya sedap tak..dia kembali menjawab sedappp.. fuhhh, sungguh rasa menyesal dan terkilan di hati sbb saya cakap tak sedap depan2 ubaydah.

Saya kata pada suami.. "rasa teruk je cakap mcm tu depan Ubaydah. lps ni kena extra jaga perkataan depan dia..nanti dia tiru..huhu"

Suami membalas " sbb tu zaman Nabi saw dulu, kalau ada perkara yang tak berdosa, tak salah tapi sahabat buat..Nabi saw diam shj. jika tak suka atau tak buat Nabi saw hanya diam. makan makanan tak sedap pun hanya diam. sebab Nabi saw bimbang sahabat akan ikut. bukan ke apa yg Nabi saw buat akan jd ikutan."

Lepas dgr tu terus la hati ni berkata " mmg benarlah Nabi saw sbg qudwah yg terbaik. setiap perbuatan,tutur kata diteliti elok agar tidak diikuti pengikutnya..sama jugak la mcm mak ayah dlm didik anak2..kalau kita persembahkan benda kurang manis/kurang elok kalau anak2 ini meniru tidaklah mereka yang bersalah sebaliknya kita..dan abg sebagai suami mmg selama ni tak pernah komplen masakan saya or sape2 yg tak berkenan di hati, tak pernah kata tak sedap..dia cuma diam dan tak makan makanan itu..

maka benarlah ..jika tidak boleh berkata baik, maka diam itu adalah paling baik.. ^_^ org buat apa yg kita tak suka even benda tu tak dosa pun cuma kita personally tak suka maka, diamlah lebih baik..org buat apa yg baik dan kita suka, pujilah dengan baik..

Friday, June 27, 2014

cerita sem 2

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:34 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah

berjaya habiskan dan harungi sem 2..best sgt kali ni sebab subjek semua sgt2 bermanfaat dan praktikal..cuma, dari segi cabaran memang tak boleh langsung buat assignment di rumah kerana asal bukak laptop je ubaydah nak tgk itu dan ini..hehe

penyudahnya siapkan assignment di uia shj..pointer sedikit menurun 0.1 atas faktor mengambil subjek semaksimumnya (5 subjek) dan atas faktor yang samar, tidak diketahui mana silapnya even merayu berkali2 pada pensyarah untuk  berjumpa hanya untuk beritahu di mana silap saya..dan sy akur bila pensyarah tidak mahu berjumpa dan tidak mahu berbincang apa2. maka terkontang kantinglah saya tentang subjek yg satu itu apa yang saya perlu baiki..dan sy redha dan fikirkan alternatif banyak2 kan lagi membaca berkenaan subjek itu, study sendiri.. ;p

Alhamdulillah ubaydah semakin besar dan semakin banyak keletahnya. bicaranya dan perkembangannya. mujur ditakdirkan masuk ke jurusan pendidikan. jadi tidaklah begitu terpengaruh dengan perkembangan anak2 org lain yg sebaya dgn ubaydah yg sudah boleh itu dan ini..yang tidak boleh itu dan ini..yang ubaydah terkurang dari orang dan terlebih dari org..well, ini masa untuk anak2 usia ini explore dan belajar sendiri n let them play n play.. ^_^

bulan sembilan ni masih berbaki 3 subjek sebelum mengambil peperiksaan utk kesemua subjek yang sudah dipelajari dan andai kata lulus peperiksaan itu barulah proceed writing.. =)

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea